Sesi Kunjungan Hormat PTAR Ke FSR

15 Mac 2022 - Sesi kunjungan hormat PTAR kepada Prof. Dr. Mohad Anizu Mohd Nor (Dekan), para pensyarah dan pentadbir FSR
(Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi) telah berlangsung dengan jayanya pada petang ini.
 
Sesi ini dimulai dengan ucapan aluan Dekan FSR yang amat berbesar hati menerima kunjungan hormat seramai sembilan
orang wakil PTAR dan empat belas orang pensyarah dan pentadbir daripada FSR. Sesi kunjungan yang berlangsung
selama dua jam lima belas minit ini telah dijayakan dengan pembentangan oleh Ts. Tuan Hj. Azizi Jantan, berkaitan Perpustakaan
Digital, perkhidmatan, koleksi dan inisiatif baharu PTAR bagi tahun 2022.
 
Sesi kunjungan ini turut membuka ruang soal jawab, maklumbalas dan perkongsian idea antara kedua belah pihak. Program turut
menyediakan perkhidmatan Book2U di mana buku-buku terkini di bawa ke FSR untuk dipinjam oleh pensyarah dan pentadbir.
Program berakhir jam 4:45 petang.
 

CONTACT US

Faculty of Sports Science & Recreation

Bangunan Akademik 3, Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

Tel : (+603) 55442912/2913 
Faxs : (+603) 55442910 

Email : fsr@salam.uitm.edu.my 

           

           

AduanCadangan

 

 

Main Menu