GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN

FAKULTI SAINS SUKAN DAN REKREASI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

(2021)

 

1.0 PENGENALAN

1.1 Geran Penyelidikan Dana FSR diwujudkan untuk menggalakkan aktiviti penyelidikan berkaitan sukan bagi menjana ilmu yang mampu menyumbang terhadap peningkatan tahap intelektual, peningkatan prestasi atlet negara, penciptaan teknologi baru dan penyuburan budaya yang dinamik selaras dengan aspirasi sukan negara.

1.2 Geran ini bertujuan untuk menerapkan budaya penyelidikan tanpa sempadan di kalangan penyelidik di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam agar menjadi pemangkin kepada permohonan geran penyelidikan nasional dan antarabangsa.

 

2.0 JUMLAH PERUNTUKAN & JANGKA MASA PROJEK

Jumlah peruntukan minimum dan jangka masa projek adalah sebanyak

RM 5,000 (Sains Sosial) dan tempoh satu (1) tahun  - 6 projek

RM 20,000 (Sains dan Teknologi) dan tempoh dua (2) tahun - 1 projek

 

3.0 KLUSTER PENYELIDIKAN

3.1 Setiap permohonan hendaklah berdasarkan kluster penyelidikan Health and Wellness (HW), Industrial Technology (IT), Social Creativity & Innovation (SCI) atau Cyber Technology (CT).

3.2 Keutamaan juga diberikan kepada penyelidikan berkaitan isu-isu semasa negara seperti Covid-19, Sustainable Development Goals (SDG) dan isu-isu semasa yang berkaitan dengan sukan.

 

4.0 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Geran ini terbuka kepada staf akademik FSR UiTM dengan syarat-syarat berikut: -

4.1 Ketua Penyelidik dan penyelidik bersama adalah staf akademik tetap FSR UiTM.

4.2 Ketua Penyelidik berkelayakan sekurang-kurangnya Sarjana (DM45 atau setara).

4.3 Ketua Penyelidik mestilah bukan ketua kepada mana-mana geran luar atau dalaman yang aktif.

4.4 Ketua Penyelidik yang cuti belajar perlu membuat pertukaran Ketua Penyelidik yang baru di kalangan penyelidik bersama projek tersebut.

4.5 Staf baru yang menjadi Ketua Penyelidik mestilah aktif dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya enam (6) bulan pada tahun semasa.

4.6 Staf akademik yang cuti belajar tidak dibenarkan menjadi Ketua Penyelidik tetapi beliau boleh menjadi penyelidik bersama kepada projek tersebut.

4.7 Setiap projek mesti mempunyai ahli penyelidik dua (2) hingga lima (5) orang termasuk Ketua Penyelidik (ahli antara Special Interest Group yang lain juga dibenarkan). Ahli penyelidikan daripada kampus FSR Cawangan juga adalah amat digalakkan.

 

5.0 PERATURAN KEWANGAN

5.1 Agihan perbelanjaan dan peruntukan geran tertakluk kepada pembahagian bajet sebanyak 60% pada tahun pertama dan baki 40% pada tahun kedua (bergantung kepada tempoh masa projek penyelidikan).

5.2 Perbelanjaan projek adalah dihadkan bagi vot-vot berikut:

Vot21000 Perjalanan, penginapan dan pengangkutan

Vot27000 Bekalan dan Bahan Penyelidikan

Vot29000 Perkhidmatan Ikhtisas

Vot35000 Aksesori dan Peralatan

5.4 Perbelanjaan perlu selaras dengan hasil pencapaian penyelidikan dan akan diberikan keutamaan.

 

6.0 PERATURAN PERMOHONAN

6.1 Permohonan Geran FSR UiTM perlu menggunakan borang permohonan yang terkini boleh dimuat turun di FSR UiTM (Penyelidikan).

6.2 Bagi projek penyelidikan yang akan dibiayai juga oleh sumber lain, penyelidik mestilah mengisytiharkan semua pembiayaan yang diperolehi bagi projek tersebut

 

7.0 PENILAIAN GERAN

7.1 Permohonan Geran ini akan dinilai daripada kalangan ahli oleh Jawatankuasa Penyelidikan fakulti atau panel penilai luar yang akan dilantik.

7.2 Surat kelulusan akan dikeluarkan oleh pejabat Dekan FSR kepada Ketua Penyelidik dan salinan kepada penyelidik bersama.

7.3 Ketua Penyelidik dan penyelidik bersama perlu menandatangani borang penerimaan yang telah dilengkapkan sebelum memulakan penyelidikan.

 

8.0 ETIKA DAN KERAHSIAAN

Semua penyelidik mestilah mematuhi etika penyelidikan dan kerahsiaan data.

9.0 ETIKA PENYELIDIKAN

Permohonan yang berjaya perlu melalui perlu memohon kelulusan etika penyelidikan (yang berkaitan) dalam jangkamasa tiga bulan selepas penerimaan geran (sebelum kutipan data dijalankan).

 

10.0 PEMANTAUAN PENYELIDIKAN

10.1 Semua geran penyelidikan yang telah diluluskan akan dipantau oleh Jawatankuasa Penyelidikan FSR.

10.2 Penyelidik mesti menghantar laporan kemajuan pada setiap enam (6) bulan.

10.3 Peruntukan tahun kedua hanya akan diberikan setelah menghasilkan sekurang kurangnya satu (1) penerbitan berindeks dan membelanjakan sekurang-kurangnya 90% jumlah peruntukan tahun pertama.

10.4 Kegagalan memenuhi perkara 10.2 dan 10.3 di atas boleh menyebabkan geran penyelidikan ditamatkan serta merta.

10.5 Pihak Pejabat Dekan akan menghantar surat pengesahan tamat penyelidikan selepas sahaja menerima laporan akhir daripada pihak penyelidik.

10.6 Semua perkara di atas adalah tertakluk kepada Garis Panduan Pengurusan Penyelidikan, Institut Pengurusan Penyelidikan UiTM (RMC).

 

11.0 HASIL PENCAPAIAN PENYELIDIKAN

11.1 Penyelidik mesti menerbitkan dua (2) penerbitan berindeks SCOPUS / WOS / ERA (sekurang-kurangnya satu (1) penerbitan setahun dan bergantung kepada tempoh masa kelulusan geran).

11.2 Penghargaan kepada geran FSR UiTM mestilah dinyatakan dengan jelas dalam setiap penerbitan.

 

Garis Panduan
Takwim 
Borang Permohonan 
Hantar Borang  https://forms.gle/un6KVShrmbz5kQvj8

 

CONTACT US

Faculty of Sports Science & Recreation

Bangunan Akademik 3, Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

Tel : (+603) 55442912/2913 
Faxs : (+603) 55442910 

Email : fsr@salam.uitm.edu.my 

           

           

AduanCadangan

 

 

Main Menu