29 Sept 2020 - Majlis penyerahan watikah perlantikan Felo Bersekutu (Penyelidikan) Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) oleh YBhg. Professor Emeritus Datuk Ir. Dr. Azraai Kassim, Naib Canselor UiTM kepada YBhg. Dato’ Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Malaysia. Majlis ini disaksikan oleh YBhg. Professor Madya Dr. Mohad Anizu Mohd Nor, Dekan FSR, dan Dr. Hosni Hasan, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri FSR.
Sempena majlis ini juga, Dato’ Shapawi menyambut hari lahir beliau yang ke 59 tahun. Selamat Hari Lahir Dato’ dan semoga dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang berpanjangan serta sentiasa dilindungiNYA.