16 Jun 2020 - Majlis menandatangi Momerandum Persefahaman (MoU) diantara Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan
Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA. Majlis Sukan Wilayah Persekutuan diwakili
oleh Pengarah, Dr Hasnul Faizal Husin Amri manakala FSR, UiTM diwakili Dekan, Prof. Madya Dr.
Mohad Anizu Mohamad Nor. Majlis bersejarah ini disaksikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan
Tan Sri TPr Hj Annuar Musa, Timbalan Menteri Kementerian Belia dan Sukan YB Senator Wan Ahmad Fayhsal
bin Wan Ahmad Kamal dan Naib Canselor UiTM Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim.