KEMPEN TAK NAK MEROKOK JUNIOR

Berlangsungnya Kempen Tak Nak Merokok Junior yang diadakan pada 30 April 2024 bertempat di Dewan SRITI Al-Ghazali, Ken Rimba, Shah Alam. Kempen ini dikendalikan oleh FSR yang terdiri daripada Dr Nur-Hasanah Ruslan, Pn Ruziyati Mohamed, Pn Siti Zulaiha Khasbullah, Pn Nurfarhalina Jamaluddin, Pn Faizatul Liza Mohd Saad berserta 7 pelajar latihan industri Makmal Prestasi Manusia (MPM).
 
Kempen Tak Nak Merokok Junior adalah projek rintis yang mempromosikan kempen Tak Nak merokok diperingkat sekolah rendah. Program ini meberikan pendedahan tentang masalah merokok di Malaysia, jenis-jenis perokok, bahaya rokok dan rokok elektronik serta promosi rumah bebas rokok.
 
Kempen ini juga mengajar pelajar literasi kesihatan untuk berdepan dengan perokok dan menjauhi diri dari menjadi perokok pasif. Kempen ini diharap menjadi ikhtiar untuk mempromosi gaya hidup sihat tanpa rokok yang menyumbang ke arah “Tobacco Endgame”.
 

CONTACT US

Faculty of Sports Science & Recreation

Bangunan Akademik 3, Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

Tel : (+603) 55442912/2913 
Faxs : (+603) 55442910 

Email : fsr@salam.uitm.edu.my 

           

           

AduanCadangan