SHAH ALAM - Telah berlangsung Bengkel “FYP To Full Paper Submission” yang merupakan program dalaman anjuran PJI ICAN FSR. Bengkel ini juga dihadiri oleh para pensyarah di FSR UiTM Shah Alam.
Di antara pengisian bengkel ini adalah ucapan pembukaan oleh Koordinator Penyelidikan, Dr Nur Hasanah Ruslan dan disusuli taklimat pembukaan oleh Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI), Prof Madya Dr Hosni Hasan. Seterusnya, diteruskan dengan penerangan berkenaan teknik untuk membentuk artikel penyelidikan yang bersesuaian bagi tujuan penerbitan dan juga perkongsian tips penulisan yang efektif dan target jurnal. Bengkel juga memberi peluang kepada pensyarah berbincang dan memberi tunjukajar antara satu sama lain. Bengkel ini mensasarkan penerbitan dalam jurnal berindex bagi memenuhi KPI fakulti 2024.