20 Oktober 2023 - Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam telah menerima kunjungan delegasi dari Shonan Institute of Technology, Japan yang diwakili oleh Dr. Tadahiko Kato (Department of Materials and Human Environmental Sciences). Perbincangan mengenai potensi kolaborasi dan kerjasama dua hala telah berlangsung dengan kehadiran YM Prof. Madya Dr. Raja Mohammed Firhad Raja Azidin (Dekan FSR), YBrs. Dr. Shariman Ismadi Ismail (Timbalan Dekan HEA), YBrs. Prof. Madya Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie (Timbalan Dekan PJI) dan YBrs. Encik Mohd Hanifa Sariman (Ketua Pusat Pengajian Sains Sukan).
Hasil perbincangan telah menggariskan beberapa potensi jaringan kerjasama bidang kepakaran antaranya:
- Sports Biomechanics
- Sports Engineering and Technology
- Material Science
- Athletics Science
Semoga pertemuan ini diterjemahkan secara rasmi melalui aktiviti-aktiviti yang bakal berlangsung tidak lama lagi. FSR UiTM kekal fokus memberi perhatian kepada penghasilan aktiviti secara langsung ke arah jaringan kolaborasi yang mampan dan bermanfaat.