KURSUS LANJUTAN PHYSICALHEALTH THERAPY

15 Mei 2023 - Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM bersama Fakulti Perubatan dengan kerjasama Malaysian Blind Association (MAB) telah berjaya menjalankan kursus profesional lanjutan kepada 62 orang peserta bertempat di MAB sebagai nilai tambah dari kursus pertama yang telah bermula pada 2 tahun terdahulu. Hasil daripada kursus ini juga telah melahirkan graduan pertama di dalam cohort 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗣𝗵𝘆𝘀𝗶𝗰𝗮𝗹 𝗛𝗲𝗮𝗹𝘁𝗵 𝗧𝗵𝗲𝗿𝗮𝗽𝘆.

Perasmian program ini telah disempurnakan oleh YBr. Dr Azlan Idrus (Ketua Bahagian Pencegahan, Perubatan dan Pemulihan, mewakili CEO PERKESO) sambil disaksikan oleh CEO MAB, Dato George Thomas, Dr Wong Huew Siew, Chairperson Rehabilitation, Training, ICT & Research, Council Member MAB dan Dekan FSR, Prof Madya Dr Raja Mohammed Firhad Raja Azidin.

Tahniah kepada para peserta yang terlibat disamping setinggi penghargaan diberikan kepada Prof. Madya Dr Hashbullah Ismail dan ahli pasukan yang menjayakan program ini.

Semoga kerjasama seperti ini memberi nilai tambah yang sangat tinggi kepada kumpulan peserta yang terlibat. Syabas diucapkan!

CONTACT US

Faculty of Sports Science & Recreation

Bangunan Akademik 3, Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

Tel : (+603) 55442912/2913 
Faxs : (+603) 55442910 

Email : fsr@salam.uitm.edu.my 

           

           

AduanCadangan

 

 

Main Menu