MAJLIS PENYERAHAN SURAT NIAT (LOI)

15 MAC 2023 - Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM telah mengadakan Majlis Penyerahan Surat Niat (Letter of Intent) bersama Empat (4) buah sekolah Sukan iaitu (1) SMK Seberang Temerloh,Pahang. (2) SMK Putera, Kelantan. (3) SMK Gunung Rapat, Perak. (4) SMK Seksyen 11, Selangor. Inisiatif awal ini adalah kolaborasi awal di antara pihak FSR UiTM bersama sekolah-sekolah sukan terkemuka bagi membina satu jaringan kerjasama atlit pelapis setelah tamat zaman persekolahan. Pelbagai pandangan, perkongsian pengalaman dan cadangan yang turut dikemukakan oleh kesemua Pengetua yang hadir berkenaan halatuju sistem pengajian atlit yang lebih berkesan dari segi pencapaian akademik mahupun prestasi sukan. YBhg. Prof. Dr Mohad Anizu selaku Dekan FSR turut merakamkan penghargaan kepada kesemua pengetua yang hadir dimana mereka adalah insan-insan hebat yang telah melahirkan atlit di umur persekolahan melonjak kepada atlit bertaraf kebangsaan dan juga antarabangsa. Semoga kesinambungan ini akan terus melakar kerjasama yang lebih jitu demi kelangsungan barisan atlit negara Malaysia.

CONTACT US

Faculty of Sports Science & Recreation

Bangunan Akademik 3, Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

Tel : (+603) 55442912/2913 
Faxs : (+603) 55442910 

Email : fsr@salam.uitm.edu.my 

           

           

AduanCadangan

 

 

Main Menu