LAWATAN SAMBIL BELAJAR INTERNATIONAL COLLEGE OF YAYASAN MELAKA

15 MAC 2023 - Lawatan sambil belajar ke Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi yang melibatkan 29 pelajar Diploma Pengurusan Sukan dan 4 pensyarah pengiring dari International College of Yayasan Melaka (ICYM). Tujuan lawatan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar berkaitan program akademik dan fasiliti yang terdapat di FSR. Selain itu, program yang dijalankan dapat membantu pelajar dalam merancang haluan pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan lebih baik. Program bermula pada jam 11 pagi sehingga 2.30 petang merangkumi taklimat FSR, lawatan ke Makmal Prestasi Manusia, Makmal Teknologi Sukan, Klinik Kecederaan Sukan, dan Makmal Suaian Fizikal. Taklimat Akademik telah disampaikan oleh Encik Wan Faizal Iskandar Wan Abdullah (Koordinator Program Atlit) dan dibantu oleh Dr. Maisarah Shari (Koordinator Misi Akademik).

CONTACT US

Faculty of Sports Science & Recreation

Bangunan Akademik 3, Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

Tel : (+603) 55442912/2913 
Faxs : (+603) 55442910 

Email : fsr@salam.uitm.edu.my 

           

           

AduanCadangan

 

 

Main Menu