PERLAWANAN BOLA SEPAK AMAL (FSR ALL-STARS FC VS VBG ALL-STARS FC)

14 MAC 2023 - Perlawanan bola sepak amal ini diadakan bagi mengumpul dana Tabung Alumni Prihatin yang dianjurkan oleh Persatuan Alumni FSR dan turut disokong oleh pihak pengurusan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi. Kutipan dana pada malam ini akan disalurkan kepada mana-mana alumni yang memerlukan bantuan dan sumbangan sewajarnya. Selain bertujuan untuk beramal, aktiviti seperti ini mampu memupuk semangat setiakawan dan ikatan silaturahim yang seharusnya terjalin dikalangan alumni FSR UiTM. Perlawanan amal ini yang diadakan di Stadium UiTM Shah Alam turut dihadiri oleh YBhg. Prof Dr. Mohad Anizu Mohd Nor (Dekan FSR), YM Prof Madya. Dr Raja Mohammed Firhad Raja Azidin (Timb.Dekan HEA FSR) dan dimeriahkan dengan kehadiran Ustaz Firdaus Wong (Pendakwah Bebas) yang mewakili VBG All-Stars FC. Walaupun keputusan tidak memihak kepada pasukan FSR All-Stars, namun ianya menjadi titik permulaan untuk lebih cemerlang dimasa hadapan. Diharapkan agar juga aktiviti seumpama ini dapat diteruskan bagi meningkatkan kebersamaan dikalangan alumni FSR UiTM agar tersemai keprihatinan dan kasih sesama insan hendaknya.

CONTACT US

Faculty of Sports Science & Recreation

Bangunan Akademik 3, Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

Tel : (+603) 55442912/2913 
Faxs : (+603) 55442910 

Email : fsr@salam.uitm.edu.my 

           

           

AduanCadangan

 

 

Main Menu