PENGIKTIRAFAN FSR UiTM SEBAGAI "INTERNATIONAL CENTRE OF EXCELLENCE FOR THE SPORTS EVENT ACADEMIC PROGRAMS" PERINGKAT ASIA.

27 JANUARI 2023 - Prof. David Hind, Presiden, Asia Pacific Institute for Events Management (APIEM) telah berkunjung ke Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR). Beliau telah disambut oleh Dekan FSR, Prof. Dr. Mohad Anizu b Mohd Nor dan Timbalan Dekan (Akademik) Prof. Madya Dr. Raja Mohammed Firhad Raja Azidin. APIEM merupakan sebuah institut profesional nombor satu di Asia Pasifik yang menyumbang kepada pendidikan acara. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk memperkukuhkan jalinan kerjasama sedia ada di samping membincangkan perkembangan isu-isu semasa mengenai pengurusan acara terutama dalam bidang Sukan dan Rekreasi. Prof David Hind juga memberikan pengiktirafan FSR sebagai “International Centre of Excellence for the Sports Event Academic Programs”. Ianya adalah pengiktirafan yang pertama di peringkat Asia.

Selain daripada itu, perbincangan juga terarah kepada perancangan projek-projek kesarjanaan yang akan dijalankan pada tahun 2023 seperti penerbitan, penyelidikan, penulisan, latihan professional dalam bidang pengurusan acara untuk pensyarah dan pelajar serta kerjasama menganjurkan “3rd Asia Pacific Events Conference 2023". Prof Dr Mohad Anizu selaku Dekan amat berharap agar kerjasama ini dapat direalisasikan seterusnya memberi impak tinggi kepada FSR UiTM di dalam mencapai GRU2025. Turut hadir untuk menerima kehadiran Presiden APIEM dan meraikan pengiktirafan ini adalah barisan pengurusan Akademik FSR UiTM yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama (BMU), FSR UiTM Shah Alam. Syabas buat semua Warga FSR!

CONTACT US

Faculty of Sports Science & Recreation

Bangunan Akademik 3, Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

Tel : (+603) 55442912/2913 
Faxs : (+603) 55442910 

Email : fsr@salam.uitm.edu.my 

           

           

AduanCadangan

 

 

Main Menu