SESI PENYAMPAIAN KULIAH 1&2 | PROGRAM WISATA TO EAST JAVA, ACADEMIC VISIT UiTM-UKM

Pada 18 Januari 2023, bertempat di Aula Lt 7 Fakultas Ilmu Keolaragaan, yang disertai oleh para pensyarah daripada Universitas Malang, penasihat program Wisata to East Java Prof. Madya Dr Rezian-na Muhammed Kassim. Pelajar telah didedahkan mengenai perkongsian Ilmu Wisata Kota Malang sebagai potensi destinasi pelancongan dan juga Academic Lecture berkaitan tips semasa melaksanakan kajian penyelidikan terutama yang melibatkan industri sukan dan pelancongan.

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Dekan Fakultas Ilmu Keolahragaan iaitu Dr. Sapto Adi M. Kes dan diteruskan dengan kuliah sesi pertama. Penyampaikan kuliah pertama dimulakan dengan topik Pengenalan Kawasan wisata Kota Malang yang telah disampaikan oleh speaker Bu Mila Kurniwati yang merupakan Ketua Pusdarwis Kampoeng Heritage Kejoetangan.

Beliau ada menyatakan bahawa Kampung Kayutangan merupkan destinasi pelancongan yang terletak di Kota Malang. Ia merupakan suatu warisan budaya yang mempunyai daya tarikan tersendiri seperti pelancongan susur kampung tua, bangunan bersejarah dan sebagainya. Perkampungan ini menggunakan konsep tradisional iaitu vintage dan heritage.

Penyampaian kuliah seterusnya disampaikan oleh Dr Kurniati Rahayuni, selaku pemegang Ph.D Fakultas Ilmu Keolaragaan, Universitas Negeri Malang.

Speaker mengulas beberapa isu terkini termasuk isu penglibatan Women in Sport Coaching dan Family relation to Sport. Speaker turut mengutarakan beberapa contoh penyelidikan di dalam Cultural Sport Psychology di Asean dan juga di negara barat. Menurut beliau topik penyelidikan ini juga boleh digunapakai oleh pelajar dalam membuat kajian penyelidikan akhir mereka kelak. Speaker juga turut memberikan beberapa tips kepada pelajar tahun akhir.

CONTACT US

Faculty of Sports Science & Recreation

Bangunan Akademik 3, Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

Tel : (+603) 55442912/2913 
Faxs : (+603) 55442910 

Email : fsr@salam.uitm.edu.my 

           

           

AduanCadangan

 

 

Main Menu