Pensyarah FSR Selaku Panel Pakar di Universitas Negeri Padang, Indonesia

Disember 2022, Padang, Minangkabau, Indonesia - Pensyarah Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam, Selangar iaitu Prof Madya Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie telah dijemput oleh Fakultas Ilmu Keolahragaan (FIK), Universitas Negeri Padang (UNP) selaku "Expert Panel" di Focus Group Discussion (FGD) membincangkan mengenai Potensi Pencak Silat Minangkabau dan kerjasama bersama penyelidik-penyelidik muda UNP ke peringkat antarabangsa.
Beliau telah dijemput membentangkan bagaimana usaha-usaha yang dilakukan Seni Silat Malaysia mendapat perhatian dan pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Dr Mohamad Nizam juga telah mencadangkan beberapa langkah-langkah usahasama di antara FSR UiTM dan FIK UNP dalam bidang penyelidikan dan jaringan industri untuk tahun 2023 - 2025.
Usaha dan penyelidikan di dalam seni mempertahankan diri dan sukan kombat yang dilakukan oleh pasukan pengkaji di UiTM dipelopori oleh beliau melalui RIG, Martial Arts & Combat Sports Research Network.
Usaha sejak 10 tahun yang lepas telah membuahkan hasil apabila beliau telah diiktiraf sebagai Profesor of Martial Arts oleh European Martial Arts Committee dan Medal of Merit and Honor oleh International Martial Arts & Combat Sports Scientific Society pada 15 Oktober 2022 di Rzeszow, Poland.
Pasukan penyelidikan beliau juga telah dianugerahkan Geran berjumlah RM 165, 900 pada tahun 2021 dan RM 167, 047 pada tahun ini oleh UNESCO ICM (SRP GERAN UiTM [RM 50,000] & UNESCO ICM [RM117,047]).
Banyak kajian- kajian beliau bersama penyelidik-penyelidik tempatan di Malaysia dan antarabangsa dalam seni mempertahankan diri dan sukan kombat khasnya Silat Melayu, Silat Olahraga dan Silat Tempur telah diterbitkan di journal-journal berindeks antarabangsa WOS, Scopus dan ERA.
Diharapkan usahasama di antara FSR dan FIK akan menghasilkan lebih banyak penerbitan & penyelidikan koloborasi, silang ilmu dan budaya, serta faedah kepada para pensyarah, pelajar dan staff di kedua-dua universiti.
Penghargaan dari pihak FIK UNP telah diwakili oleh Dr. Donie kepada semua pakar yang hadir pada perbincangan tersebut.
 

CONTACT US

Faculty of Sports Science & Recreation

Bangunan Akademik 3, Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

Tel : (+603) 55442912/2913 
Faxs : (+603) 55442910 

Email : fsr@salam.uitm.edu.my 

           

           

AduanCadangan

 

 

Main Menu