Select your language

TAKLIMAT MAHASISWA BAHARU FSR 2025 : LANGKAH PERTAMA KE DUNIA SAINS SUKAN DAN REKREASI

7 Oktober 2025 | Dewan Platinum Melati, UiTM Shah Alam
Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) UiTM Shah Alam telah mengadakan Taklimat Mahasiswa Baharu Sesi 2025/2026 yang menghimpunkan lebih 300 pelajar baharu peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
 
Turut hadir barisan kepimpinan tertinggi fakulti diketuai oleh Profesor Madya Dr. Raja Mohammed Firhad Raja Azidin, bersama Timbalan Dekan HEP, Dr. Mohd Zulkhairi Mohd Azam, Timbalan Dekan HEA, Dr. Siti Aishah Wahab, serta Timbalan Dekan PJI ICAN, Profesor Madya Dr. Hosni Hasan, serta para pensyarah dan kakitangan akademik.
 
Program turut menampilkan sesi bersama TD HEP & TD HEA, disusuli ceramah kaunseling oleh pegawai Pusat Psikologi dan Kaunseling UiTM, yang memberi pendedahan tentang kesejahteraan mental dan penyesuaian diri di alam kampus.
 
Dianjurkan oleh Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMFSR), program ini menjadi medan pertama mahasiswa baharu mengenali struktur pengajian, aktiviti pelajar serta budaya kepimpinan dan sahsiah warga FSR.
 

CONTACT US

Faculty of Sports Science & Recreation

Bangunan Akademik 3, Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

Tel : (+603) 55442912/2913 
Faxs : (+603) 55442910 

Email : fsr@salam.uitm.edu.my 

           

           

AduanCadangan