Select your language

UITM RAI KEJAYAAN DI 4th RESEARCH IN HIGH PERFORMANCE SPORTS COLLOQUIUM (HPSC) 2025

UiTM Rai Kejayaan di 4th Research in High Performance Sports Colloquium (HPSC) 2025
Kuala Lumpur, 2 Oktober 2025 – Seramai 40 pelajar dan pensyarah Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menyertai 4th Research in High Performance Sports Colloquium (HPSC) 2025 yang berlangsung dari 30 September hingga 2 Oktober 2025 di Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Convention Center.
 
Penyertaan ini menonjolkan komitmen UiTM dalam memperkukuh penyelidikan dan inovasi sains sukan, khususnya dalam bidang prestasi tinggi dan teknologi sukan.
 
Beberapa penyertaan UiTM, termasuk kolaborasi antara Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi serta Fakulti Kejuruteraan Awam, telah menerima pengiktirafan di peringkat kolokium:
1. Emerging Innovation Award
“C-SPAR: Cybersickness-Preventive Adaptive Response for VR in Combat Sports”
Oleh: Siti Sarah Zamri, Alia Aqila Shamnur Zainudin, Wan Muhammad Aqil Hakimi Wan Ahmad Hazmi, Mohd Azim Nural Azhan & Radin Rafeeuddin Radin Dzulfakar.
 
2. Best Paper Award
“The Misconception of Ideal Running Form: A Case for Personalized Biomechanics”
Oleh: Ernieza Nasir, Hashbullah Ismail, Yunus Arslan & Shariman Ismadi Ismail.
 
3. Best Presenter Award
“The Misconception of Ideal Running Form: A Case for Personalized Biomechanics”
Oleh: Ernieza Nasir.
 
4. Best Poster Award
“Aerodynamic Analysis in Biomechanical Optimization of Marathon Runners by Using Finite Element Analysis (FEA)”
Oleh: Farah Diyana Azizan, Mohd Ridzuan Mohd Ali & Mohd Azim Nural Azhan.
(Kolaborasi Fakulti Kejuruteraan Awam dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi)
 
Kejayaan ini mencerminkan usaha berterusan UiTM dalam melahirkan penyelidik berdaya saing serta memperkukuh kolaborasi antara disiplin kejuruteraan dan sains sukan ke arah pembangunan inovasi sukan negara.
 

CONTACT US

Faculty of Sports Science & Recreation

Bangunan Akademik 3, Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

Tel : (+603) 55442912/2913 
Faxs : (+603) 55442910 

Email : fsr@salam.uitm.edu.my 

           

           

AduanCadangan