Select your language

PENSYARAH FSR MENGHADIRI DAN MEMBENTANG KAJIAN DI ASEAN COUNCIL OF PHYSICAL EDUCATION AND SPORT ACPES 2025 DI MSU IIT MINDANAO FILIPINA

Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mencatatkan pencapaian membanggakan apabila seramai tujuh orang pensyarah menyertai dan membentangkan penyelidikan di ASEAN Council of Physical Education and Sport (ACPES) 2025. Persidangan berprestij ini berlangsung pada 1 hingga 3 Oktober 2025 di Mindanao State University – Iligan Institute of Technology (MSU-IIT), Mindanao, Filipina, menghimpunkan para sarjana dan pengkaji dari seluruh ASEAN untuk berkongsi ilmu serta perkembangan terkini dalam bidang sains sukan, rekreasi, dan pendidikan jasmani.
Delegasi FSR diketuai oleh Profesor Madya Raja Mohammed Firhad Raja Azidin (Dekan FSR) bersama barisan pensyarah iaitu Profesor Madya Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie, Dr Saidatul Nur Syuhadah Sabadri, Encik Mohd Azim Nural Azhan, Encik Adam Afif Mohamad Azmi, Encik Muhammad Zakwan Rusydi Suhaimi dan Encik Muhammad Faizal Kutip. Kehadiran mereka telah memperkukuh hubungan akademik serantau serta menjadi wadah penting untuk memperluaskan jaringan kolaborasi penyelidikan antarabangsa.
Kejayaan lebih manis diraih apabila dua orang pensyarah FSR, iaitu Profesor Madya Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie dan Encik Muhammad Zakwan Rusydi Suhaimi, diumumkan sebagai penerima Anugerah Kertas Penyelidikan Terbaik ACPES 2025. Pengiktirafan ini menjadi bukti keupayaan warga FSR menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, sekaligus mengukuhkan reputasi UiTM sebagai peneraju dalam bidang sains sukan dan rekreasi di rantau ASEAN.
Β 

CONTACT US

Faculty of Sports Science & Recreation

Bangunan Akademik 3, Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor,Β MALAYSIA

Tel : (+603) 55442912/2913Β 
Faxs : (+603) 55442910Β 

Email :Β fsr@salam.uitm.edu.myΒ 

Β  Β  Β  Β  Β  Β 

Β  Β  Β  Β Β Β  Β 

AduanCadangan

Β 

Β