MAJLIS SERAHAN TUGAS DAN AMANAT DEKAN FSR

12 Jun 2023 - Majlis Serahan Tugas dan Amanat Dekan FSR bersama warga Fakulti dan cawangan FSR telah diadakan pada 12 Jun 2023 (Isnin), jam 12.00 tengahari hingga 2.00 petang di Dewan Kuliah 1. Majlis diserikan dengan kehadiran pengurusan tertinggi fakulti yang diketuai oleh YBrs. Profesor Madya Dr Raja Mohammed Firhad Raja Azidin selaku Dekan FSR, disamping kehadiran YBhg. Profesor Dr Mohad Anizu Mohd Nor bagi menyempurnakan Majlis Serahan Tugas Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM.
Β 
Majlis buat julung kalinya diadakan secara hibrid yang melibatkan seluruh warga FSR UiTM Shah Alam, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, kampus Seremban 3, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka, UiTM Cawangan Perlis, Kampus Arau dan UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan. Semoga amanat yang diberikan mampu menyuntik semangat baru dan jitu dikalangan warga FSR SeMalaysia untuk sama-sama berganding bahu ke arah kecemerlangan FSR tercinta.

CONTACT US

Faculty of Sports Science & Recreation

Bangunan Akademik 3, Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor,Β MALAYSIA

Tel : (+603) 55442912/2913Β 
Faxs : (+603) 55442910Β 

Email :Β fsr@salam.uitm.edu.myΒ 

Β  Β  Β  Β  Β  Β 

Β  Β  Β  Β Β Β  Β 

AduanCadangan

Β 

Β 

Main Menu