KEDATANGAN PROFESOR JANUSZ ISKRA DARI UNIVERSITY OF OPELE, POLAND

Pihak Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM dengan sukacita ingin memaklumkan kedatangan Profesor Janusz Iskra dari University of Opele, Poland yang akan berada di FSR untuk program Erasmus+ Mobiliti Staf bermula pada 6 - 9 Jun 2023.

Profesor Januzs Iskra merupakan seorang saintis dan pakar kaedah sukan, jurulatih olahraga khusus acara larian berpagar yang amat dikenali di negara Poland. Satu perjumpaan rasmi bersama pihak pengurusan kanan fakulti bagi meraikan kedatangan beliau yang diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Dr Raja Mohammed Firhad Raja Azidin, Dekan FSR UiTM Shah Alam telah diadakan pada hari Selasa 6hb Jun 2023.

Semoga kehadiran Profesor Janusza Iskra bakal memberi input signifikan kepada kejayaan dan peningkatan prestasi FSR.

CONTACT US

Faculty of Sports Science & Recreation

Bangunan Akademik 3, Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

Tel : (+603) 55442912/2913 
Faxs : (+603) 55442910 

Email : fsr@salam.uitm.edu.my 

           

           

AduanCadangan

 

 

Main Menu