TAKLIMAT PENULISAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (AKNC) FSR 2023

18 JULAI 2023 - Taklimat penulisan AKNC diadakan di Bilik Mesyuarat Utama FSR pada 18 Julai 2023 pada pukul 8.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Taklimat ini bertujuan untuk menerangkan cara penulisan pelaporan AKNC kepada penulis-penulis AKNC FSR yang terdiri daripada staf pentadbiran dan akademik seramai 16 orang.
Β 
Taklimat ini dirasmikan oleh YBhg. Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, YM Prof. Madya Dr. Raja Mohammed Firhad Raja Azidin. Pelaporan ini merupakan penulisan berkaitan anugerah kualiti tahunan daripada Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam melaksanakan pembudayaan kualiti kerja yang cemerlang di UiTM.
Β 
Setiap tahun PTJ perlu menghantar pelaporan AKNC ke pihak InQKA UiTM. Diharapkan taklimat ini dapat membantu penulis-penulis AKNC FSR 2023 dalam menghasilkan pelaporan yang baik.
Β 

CONTACT US

Faculty of Sports Science & Recreation

Bangunan Akademik 3, Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor,Β MALAYSIA

Tel : (+603) 55442912/2913Β 
Faxs : (+603) 55442910Β 

Email :Β fsr@salam.uitm.edu.myΒ 

Β  Β  Β  Β  Β  Β 

Β  Β  Β  Β Β Β  Β 

AduanCadangan

Β 

Β 

Main Menu