12 April 2023 - Kelab Keluarga FSR telah mengadakan Program Bubur Lambuk FSR yang dijalankan di Hadapan Gym FSR.
Majlis penyediaan bubur lambuk ini diketuai Chef: Cik Sharifah Suriyani dimana sesi rewang penyediaan bahan-bahan telah berlangsung pada hari sebelumnya. Program ini disertai oleh staf pentadbiran dan para pensyarah yang berkelapangan. Majlis juga turut dihadiri oleh YBhg.Prof Mohad Anizu (Dekan FSR) yang berkesempatan untuk hadir pada awal majlis berlangsung.
Semoga program seumpama ini terus meningkatan jalinanan kesepakatan dan ukhwah seluruh warga FSR. Selamat meneruskan ibadat puasa di 10 hari terakhir Ramadan.