MAJLIS APRESIASI FAKULTI SAINS SUKAN DAN REKREASI

16 MAC 2023 - Program Majlis Apresiasi Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi telah diadakan di Best Western Hotel, I-City Shah Alam. Program ini diadakan adalah memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada warga FSR melalui Anugerah Akademik, Anugerah HEP, Anugerah PJI dan tidak lupa juga majlis meraikan staf akademik dan pentadbiran yang telah bersara dan akan bersara pada tahun 2023.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran beberapa tetamu jemputan istimewa YBhg. Dato' Hj. Ahmad Shapawi Ismail (Ketua Pengarah, Majlis Sukan Negara), YBrs Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtaruddin (Ikon Alumni FSR). Semoga majlis penghargaan dan sanjungan budi ini akan terus meningkatkan prestasi setiap warga disamping mengukuhkan ikatan persaudaraan walau berakhir sudah tempoh perkhidmatan di fakulti tercinta ini.
 

CONTACT US

Faculty of Sports Science & Recreation

Bangunan Akademik 3, Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

Tel : (+603) 55442912/2913 
Faxs : (+603) 55442910 

Email : fsr@salam.uitm.edu.my 

           

           

AduanCadangan

 

 

Main Menu