29 Mac 2022 - Pusat Kajian Seni Mempertahankan Diri dan Sukan Kombat Antarabangsa
Penyerahan buku "Southeast Asian Martial Arts – A Unique and Complex Cultural Phenomenon" oleh Prof. Madya Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie kepada Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, disaksikan oleh Dekan FSR, Prof. Dr. Mohad Anizu Mohd Nor di Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM, Shah Alam, Selangor.
Buku tersebut adalah merupakan laporan hasil penyelidikan "2021 World Martial Arts In-Depth Research" yang melibatkan MoA di antara pihak UiTM dan UNESCO-ICM. Kajian yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie(UiTM, Malaysia) melibatkan beberapa orang pakar penyelidik seni mempertahankan diri dari empat buah negara antaranya adalah Dr. Mohamed Effendy Abdul Hamid (National University of Singapore, Singapura), Filipe Jocano Jr. dan Rachelle Peneyra (University of the Philippines, Filipina), Prof. Dr. Wening Udasmoro (Gadjah Mada University, Indonesia) dan Dr. Awan Hariono (Yogyakarta State University, Indonesia).
Manakala para penyelidik Malaysia yang terlibat sama dalam urusan penyelidikan ini adalah Prof. Dr. Mohad Anizu Mohd Nor, Prof Madya Dr Mohamad Rahizam Abdul Rahim, Prof. Madya Dr. Vincent Parnabas, Prof. Madya Dr. Hosni Hasan, Prof. Madya Dr. Rezian-na Muhammed Kassim.
Kesinambungan daripada pertemuan ini, YBhg. Naib Canselor UiTM mencadangkan kepada Dr Mohamad Nizam dan Dekan FSR agar diwujudkan sebuah institut penyelidikan seni mempertahankan diri dan sukan kombat di Malaysia untuk melestarikan lagi kajian-kajian berkaitan industri ini dengan kerjasama pelbagai agensi yang ada di peringkat nasional dan antarabangsa. Penubuhan institut tersebut adalah selaras dengan agenda untuk menjadikan UiTM sebuah universiti terkemuka golbal (GRU) menjelang 2025.
Kepada para peminat seni mempertahankan diri Asia boleh memuat-turun laporan tersebut (versi elektronik) di laman web rasmi UNESCO-ICM di http://unescoicm.org/eng/library/bookreport.php...