17 Ogos 2020 - Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM).
MoU ditandatangani oleh Naib Canselor UiTM, Professor Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim dan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia, Dato' Shahrul Zaman bin Yahya sambil disaksikan oleh Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Prof. Madya Dr Mohad Anizu dan Naib Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia, En Fahmi Jalil.