Select your language

TAHNIAH AIMAN DANIEL MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR FSR YANG MEWAKILI MALAYSIA DI USLS 2025

Dekan dan warga Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Saudara Aiman Daniel, Majlis Perwakilan Pelajar FSR UiTM, atas pemilihannya mewakili Malaysia ke University Scholars Leadership Symposium (USLS) 2025, merupakan sebuah platform antarabangsa yang menghimpunkan lebih 500 pemimpin muda dari lebih 40 buah negara.

Penyertaan beliau ke program berprestij ini mencerminkan tahap kepimpinan, jati diri, dan aspirasi mahasiswa FSR yang sentiasa bersedia menggalas tanggungjawab di peringkat global. FSR amat berbangga dengan pencapaian ini dan berharap ia menjadi pencetus inspirasi kepada semua pelajar untuk terus mengorak langkah ke arah kecemerlangan antarabangsa.

CONTACT US

Faculty of Sports Science & Recreation

Bangunan Akademik 3, Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

Tel : (+603) 55442912/2913 
Faxs : (+603) 55442910 

Email : fsr@salam.uitm.edu.my 

           

           

AduanCadangan