Select your language

KOLABORASI KOMUNITI PENUH MAKNA DI PESTA MENUAI

FSR UiTM Shah Alam telah dijemput menyertai Pesta Menuai, Showcase KmR & PBL (Urban ‘Bendang’ Innovator) yang berlangsung dengan meriah di SK Damansara Utama. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Leong Chee Cheng, Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya, yang hadir mewakili YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital merangkap Ahli Parlimen Damansara. Turut menyerikan majlis adalah pelbagai agensi sekitar Petaling Utama yang berganding bahu menjayakan program berimpak tinggi ini.
 
Menariknya, program ini mengaplikasikan pendekatan Project-Based Learning (PBL) yang memberi ruang kepada murid-murid untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti pertanian bandar, inovasi dan pemikiran kreatif. Usaha ini bukan sahaja mendedahkan mereka kepada pembelajaran luar bilik darjah, malah membentuk generasi pelajar yang lebih berdikari, analitik dan berkualiti tinggi dalam menyelesaikan masalah sebenar.
 
FSR diwakili oleh En. Mohd Hanifa Sariman (Ketua Pusat Pengajian Sains Sukan), Dr. Maisarah Shari (Koordinator Diploma), dan En. Muhammad Faizal Kutip (Koordinator Komunikasi Korporat). Kolaborasi ini menjadi platform bermakna untuk memperkukuh hubungan antara institusi pengajian tinggi dan komuniti, seiring dengan aspirasi pendidikan berteraskan nilai.
 

CONTACT US

Faculty of Sports Science & Recreation

Bangunan Akademik 3, Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

Tel : (+603) 55442912/2913 
Faxs : (+603) 55442910 

Email : fsr@salam.uitm.edu.my 

           

           

AduanCadangan