Select your language

LET'S TALK ETHICS

Telah berlangsung program FSR Ethics Training Series bertajuk "Let’s Talk Ethics: Sharpening the Ethical Lens – Deepening Ethical Insight in Review Processes" pada 22 Julai 2025 bertempat di Dewan Kuliah 1, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), UiTM Shah Alam. Program ini menghimpunkan kakitangan akademik FSR dalam usaha memperkukuh kefahaman berkenaan aspek etika penyelidikan, terutamanya dalam proses semakan dan pengkategorian risiko.
 
Majlis telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Raja Mohammed Firhad Raja Azidin, Dekan FSR, yang turut menekankan kepentingan integriti dalam pengurusan penyelidikan. Sesi perkongsian dimulakan oleh Prof. Dr. Rohana Abdul Ghani, Pakar Perunding Endokrinologi dari Fakulti Perubatan UiTM yang membentangkan topik Research Risk Categorization. Seterusnya, sesi bersama En. Mohd Azim Nural Azhan dari Sekretariat ERC FSR memperkenalkan sistem permohonan baharu iaitu Ethical Application System V2.
 
Program ini menjadi salah satu inisiatif FSR dalam memastikan pematuhan etika penyelidikan berada pada tahap terbaik serta menyokong budaya penyelidikan yang telus, berakauntabiliti dan berkualiti tinggi.
 

CONTACT US

Faculty of Sports Science & Recreation

Bangunan Akademik 3, Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

Tel : (+603) 55442912/2913 
Faxs : (+603) 55442910 

Email : fsr@salam.uitm.edu.my 

           

           

AduanCadangan