Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), UiTM Shah Alam berbesar hati menerima lawatan penanda aras daripada UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka pada 17 Julai 2025 (Khamis) bertempat di Aras 1, Bilik Mesyuarat Utama FSR. Lawatan akademik ini diketuai oleh Encik Kalam Azad Isa, dan disambut mesra oleh barisan pengurusan FSR yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Hosni Hasan, Timbalan Dekan PJI & ICAN yang menjalankan tugas sebagai Dekan. Turut hadir ialah Dr. Siti Aishah Wahab (TD HEA), Dr. Mohd Zulkhairi Azam (TD HEP), Pn. Hanifa Sariman (KPP Sains Sukan), Dr. Azlina Zid (KPP Pengurusan Sukan), Dr. Radin Rafeeuddin Radin Dzulfakar (KPP Pascasiswazah), Dr. Raihana Sharir (Koordinator Sains Sukan), Dr. Maisarah Shari (Koordinator Diploma), dan En. Muhammad Faizal bin Kutip (Koordinator Komunikasi Korporat).
Lawatan ini telah memberi ruang untuk pertukaran pandangan dan amalan terbaik dalam pengurusan fakulti, pembangunan program akademik, serta pencapaian dalam bidang penyelidikan dan inovasi. Delegasi turut diberi taklimat khas dan sesi lawatan ke beberapa fasiliti utama FSR, termasuk Makmal Prestasi Manusia, Makmal Rekreasi Luar (RecLab), Makmal Biokimia, Makmal Suaian Fizikal, serta Klinik Sukan dan Kesejahteraan – yang menjadi nadi penting dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berkualiti tinggi.