MASITHA ALWI - FROM THE CLASSROOM TO THE PODIUM

Sekalung tahniah kepada Pn. Masitha Alwi, Pensyarah Rekreasi Luar dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), atas pencapaian membanggakan dalam SUP RACE 3.0 (Stand Up Paddle International Race) yang berlangsung di Putrajaya Lake Recreational Centre. Beliau telah meraih tempat kedua keseluruhan, memenangi pingat gangsa dalam kategori 2000m Touring Board Long Distance, serta mewakili Malaysia dalam kejohanan bertaraf antarabangsa tersebut.
 
Lebih membanggakan, Pn. Masitha turut membawa dan membimbing pelajar FSR sebagai usaha memberi pendedahan awal kepada sukan air moden ini. Inisiatif ini bukan sekadar mencipta pencapaian peribadi, malah membuka laluan pembangunan bakat pelajar dan memperkukuh peranan pensyarah sebagai pemimpin dalam pembangunan sukan baharu di peringkat institusi dan negara.
 

CONTACT US

Faculty of Sports Science & Recreation

Bangunan Akademik 3, Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

Tel : (+603) 55442912/2913 
Faxs : (+603) 55442910 

Email : fsr@salam.uitm.edu.my 

           

           

AduanCadangan