MELANGKAH KE SUKAN AIR BAHARU - SUP RACE 3.0

Melalui inisiatif yang diterajui oleh Pn. Masitha Alwi, Pensyarah Rekreasi Luar, pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) telah diberi peluang menyertai SUP RACE 3.0 (Stand Up Paddle International Race) yang berlangsung di Pusat Rekreasi Tasik Putrajaya pada bulan Jun lalu. Kejohanan ini, yang masih baharu di Malaysia, memperkenalkan pelajar kepada arena sukan air bertaraf antarabangsa yang menuntut kekuatan fizikal, ketahanan mental, dan kemahiran teknikal melalui tiga kategori utama: Sprint, Long Distance, dan Technical.
 
Antara pelajar terlibat adalah seperti berikut:
1. Ahmad Firdaus Syah bin Hafizal SR113D2
2. Muhammad Aniq Aiman bin Hazudin SR113D1
3. Nurain Najihah binti Mat Fazli SR113D1
 
Penyertaan ini bukan sahaja memberi pengalaman berharga kepada pelajar, malah menjadi langkah awal ke arah pembangunan sukan baharu yang lebih tersusun dan kompetitif. Keupayaan pelajar menunjukkan bakat, komitmen, serta peningkatan prestasi membuktikan bahawa SUP berpotensi untuk dikembangkan di peringkat institusi. FSR berharap inisiatif ini mendapat sokongan berterusan daripada pihak pengurusan dan Pusat Sukan UiTM agar lebih ramai pelajar dapat diterapkan dalam pembangunan sukan air yang semakin relevan dan mencabar ini.
 

CONTACT US

Faculty of Sports Science & Recreation

Bangunan Akademik 3, Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

Tel : (+603) 55442912/2913 
Faxs : (+603) 55442910 

Email : fsr@salam.uitm.edu.my 

           

           

AduanCadangan