LAWATAN PENANDA ARAS FAKULTI PENDIDIKAN DAN PENGAJIAN SUKAN, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), Universiti Teknologi MARA Shah Alam telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan (FPPS), Universiti Malaysia Sabah dalam satu sesi lawatan penanda aras. Lawatan ini diketuai oleh PM Dr. Roslee Bin Talip, Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa), bersama enam ahli rombongan yang terdiri daripada PM Dr. Mohd Rozilee Wazir B. Norjali Wazir, Dr. Frederick Josue Frederick Mojiolon, Dr. Jorrye Bin Jakiwa, Dr. Stephanie Chok Binti Chok Kui Eng (alumni FAR), Encik Victor Gondipon dan Puan Vivian Wahdi Augustine.
 
Rombongan telah disambut oleh barisan pengurusan tertinggi FSR yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Raja Mohammed Firhad Raja Azidin (Dekan), bersama Dr. Siti Aishah Wahab (Timbalan Dekan HEA), Dr. Mohd Zulkhairi Azam (Timbalan Dekan HEP), dan Prof. Madya Dr. Hosni Hasan (Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri & ICAN). Sesi taklimat telah diadakan untuk memperincikan pelaksanaan program akademik fakulti termasuk Program Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang sains dan pengurusan sukan, di samping berkongsi amalan terbaik dalam aspek pentadbiran, kurikulum dan kebolehpasaran graduan.
 
Delegasi FPPS turut berpeluang melawat fasiliti teras fakulti termasuk Makmal Prestasi Manusia, Makmal Suaian Fizikal, Makmal Rekreasi dan Klinik Sukan dan Kesejahteraan. Lawatan ini bukan sahaja memperkukuh hubungan dua hala antara institusi, malah membuka ruang kepada potensi kerjasama akademik dan penyelidikan dalam bidang pendidikan sukan di peringkat kebangsaan dan serantau.
 

CONTACT US

Faculty of Sports Science & Recreation

Bangunan Akademik 3, Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

Tel : (+603) 55442912/2913 
Faxs : (+603) 55442910 

Email : fsr@salam.uitm.edu.my 

           

           

AduanCadangan