MAHASISWA FSR BERSAMA PELAJAR MASALAH PENGLIHATAN DI PROGRAM MERENTAS DESA 2025 SK KLANG, SELANGOR

Program Larian Merentas Desa bagi tahun 2025 telah dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Klang pada 28 Februari 2025. Program ini mengangkat konsep “Best Practice: Inclusivity in Running with PWD” dengan penyertaan 9 orang murid bermasalah penglihatan. Program ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum & PPKI Sekolah Kebangsaan Klang, dengan kerjasama Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, bertujuan memupuk kefahaman tentang Equality dan Equity. Dalam konteks ini, Equality memberikan peluang yang sama kepada semua, manakala Equity menekankan keadilan dengan mengiktiraf keperluan individu yang berbeza. Di dalam program ini, mahasiswa FSR berperanan sebagai pemandu bagi pelari yang mempunyai masalah penglihatan.
 
Di antara mahasiswa FSR yang terlibat ialah:
1. Muhammad Rafiq bin Nor Akhmal: Semester 3 - Diploma Pengajian Sukan (SR113)
2. Muhammad Yazid bin Mohd Arif: Semester 3 - Diploma Pengajian Sukan (SR113)
3. Muhammad Afiq Naqiuddin bin Zainuddin: Semester 3 - Diploma Pengajian Sukan (SR113)
4. Muhammad Amir Hakim bin Muhammad Yazid: Semester 3 - Diploma Pengajian Sukan (SR113)
5. Nur Sabrina Zahirah binti Zailani: Semester 2 - Diploma Pengajian Sukan (SR113)
6. Ainin Sofiya binti Sabri: Semester 5 - Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (SR243)
7. Rusyda binti Muhammad Ramzi: Semester 5 - Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (SR243)
 
Melalui penganjuran program seperti ini dapat memupuk semangat empati, mewujudkan masyarakat yang lebih adil, dan menyokong kelestarian sosial menerusi sukan. Program ini juga menyerlahkan bagaimana aktiviti larian boleh diadaptasi untuk golongan orang kurang upaya (PWD).
 

CONTACT US

Faculty of Sports Science & Recreation

Bangunan Akademik 3, Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

Tel : (+603) 55442912/2913 
Faxs : (+603) 55442910 

Email : fsr@salam.uitm.edu.my 

           

           

AduanCadangan

 

 

Main Menu