DR ZULKHAIRI MENJALANKAN PENYELIDIKAN BAGI MEMANTAPKAN PASUKAN BUNGA RAYA 15S UNTUK ARC 2025

Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP) FSR, Dr. Mohd Zulkhairi bin Mohd Azam telah dijemput oleh Kesatuan Ragbi Malaysia untuk menjalankan penyelidikan bersama ke atas pasukan Bunga Raya 15s lelaki yang telah dijalankan di Arena UPSI, Tanjung Malim pada 26 Februari 2025.
 
Program penyelidikan ini juga turut mendapat sokongan penuh daripada Ketua Jurulatih, En. Saizul Hafifi dan Jurulatih Strength and Conditioning, Dr. Mohd Hafizuddin Baki yang juga merupakan alumni FSR UiTM.
 
Tujuan utama penyelidikan adalah sebahagian daripada persiapan pasukan ragbi negara untuk menghadapai perlawanan play-off Asia Rugby Championship (ARC) 2025 yang akan mengambil tempat sekitar bulan April 2025 kelak.
 
Semoga pasukan Bunga Raya 15s negara beroleh kejayaan!
 

CONTACT US

Faculty of Sports Science & Recreation

Bangunan Akademik 3, Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

Tel : (+603) 55442912/2913 
Faxs : (+603) 55442910 

Email : fsr@salam.uitm.edu.my 

           

           

AduanCadangan

 

 

Main Menu