Tahniah diucapkan kepada warga kerja FSR: Encik Adanan Bin Jamal, Encik Ahmad Yusaini Abd Karim, Puan Hazirah Mohd, dan Puan Nurfarhalina Jamaluddin atas penyertaan mereka dalam Body Composition Training Workshop (Fundamental Level) yang berlangsung pada 24 – 25 Februari 2025 di Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia. Bengkel ini dianjurkan oleh Malaysian Society of Body Composition (MSBC) dengan kerjasama UPM bagi memberikan pemahaman mendalam tentang penilaian komposisi tubuh dan kepentingannya terhadap kesejahteraan.
Sepanjang bengkel ini, para peserta didedahkan kepada teori dan teknik asas dalam penilaian komposisi tubuh, termasuk penggunaan peralatan saintifik bagi menganalisis lemak badan, jisim otot, dan kadar metabolik. Selain itu, mereka turut berpeluang menjalani sesi latihan praktikal yang membolehkan pemahaman lebih mendalam tentang kaedah pengukuran dan interpretasi data komposisi tubuh secara profesional.