PROGRAM SARINGAN KESIHATAN STAF FSR 2025 (Fasa 1)

Dalam usaha berterusan mempromosikan gaya hidup sihat, Makmal Prestasi Manusia telah berjaya menganjurkan Program Saringan Kesihatan Staf FSR 2025 (Fasa 1). Program ini dimulakan pada 30-31 Disember 2024 dengan ujian darah di Makmal Biokimia.
 
Aktiviti diteruskan pada 3 Januari 2025 dengan sesi menarik seperti Zumba ‘Kewer-Kewer’ dan Chair Exercise yang dikendalikan oleh pelajar latihan industri. Saringan kesihatan merangkumi ujian komposisi badan, ujian kekuatan genggaman tangan, dan sesi konsultasi. Program ini diakhiri dengan ucapan aluan oleh Puan Ruziyati, Penyelaras Makmal Prestasi Manusia, dan Prof. Madya Dr. Raja Mohammed Firhad, Dekan Fakulti.
 
Nantikan Fasa 2 yang dijadualkan berlangsung pada 5-7 Mac 2025, di mana penganugerahan Ikon Kesihatan Staf FSR 2025 akan diumumkan.
 

CONTACT US

Faculty of Sports Science & Recreation

Bangunan Akademik 3, Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

Tel : (+603) 55442912/2913 
Faxs : (+603) 55442910 

Email : fsr@salam.uitm.edu.my 

           

           

AduanCadangan