Program Selangkah ke FSR telah berjaya dianjurkan oleh para pelajar Semester 4 & pelajar separuh masa ICEPS, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan sukan (SR241), Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) UiTM Shah Alam pada 2 Januari 2025 di SMK Damansara Damai (1).
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan FSR kepada pelajar sekolah melalui pelbagai aktiviti menarik dan interaktif. Antaranya termasuk pameran dan aktiviti di reruai seperti Anatomi, Makmal Prestasi Manusia, Pemasaran Sukan, Makmal Rekreasi, Kewartawanan Sukan, serta sukan seperti Taekwondo, Badminton, Sepak Takraw, dan Pickleball. Selain itu, terdapat juga reruai khas FSR yang membolehkan pelajar mengetahui lebih lanjut mengenai program dan maklumat terperinci fakulti ini.
Seramai 250 pelajar terdiri daripada tingkatan 3 dan 4 menyertai program ini dengan penuh semangat!
Majlis turut diserikan dengan kehadiran VIP seperti Puan Siti Norakma binti Kamaruddin (Pengetua SMK Damansara Damai (1)),Prof. Madya Dr. Raja Mohammed Firhad Raja Azidin (Dekan FSR), Encik Muhammad Faizal bin Kutip (Penasihat program), serta atlet jemputan Mohammad Aniq bin Kasdan, atlet angkat berat negara yang juga merangkul tempat ke-4 dalam acara angkat berat di Temasya Olimpik Paris 2024. Program ini juga membuka lembaran jalinan kerjasama strategik di antara dua pihak.
Diharapkan agar program ini dapat membuka minda dan memberi inspirasi kepada generasi muda melalui pengalaman pembelajaran praktikal, seterusnya melangkah ke dunia Sains Sukan dan Rekreasi untuk membina masa depan yang cemerlang. Ayuh, kita melangkah bersama!