Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), UiTM Shah Alam dengan jayanya telah menganjurkan siri bengkel FSR Workshop Series: Strength Training for Cycling bertempat di Makmal Suaian Fizikal FSR. Program ini mendapat sambutan hangat daripada para peserta yang berminat mendalami ilmu latihan kekuatan khusus untuk sukan berbasikal.
Bengkel ini menggabungkan pendekatan teori dan praktikal, memberikan pendedahan menyeluruh kepada peserta mengenai asas pengaturcaraan latihan serta teknik latihan yang tepat dan berkesan.
Program ini diserikan dengan kehadiran panel pembentang yang berwibawa, iaitu Profesor Madya Dr. Raja Mohammed Firhad Raja Azidin, Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi; Profesor Madya Dr. Hosni bin Hassan, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi (PJI ICAN); Encik Mohd Hanifa bin Sariman, Ketua Pusat Pengajian Sains Sukan; serta Encik Azril Padli, pakar sukan berbasikal.
Pihak TalentHub FSR merakamkan penghargaan kepada semua pembentang, peserta, dan pihak yang terlibat atas komitmen dan sokongan padu menjayakan program ini. Kami komited untuk terus menganjurkan inisiatif-inisiatif bermutu tinggi yang memberi manfaat kepada komuniti sukan dan rekreasi. Nantikan lebih banyak program menarik daripada TalentHub FSR.