KUALA LUMPUR, 14 DISEMBER 2024 – Perdana Kuala Lumpur City Centre Hotel menjadi saksi kepada keunggulan seni silat menerusi penganjuran Anugerah Silat Kebangsaan (ASK) 2023 & 2024 yang berlangsung dengan penuh gemilang. Majlis ini memberi penghormatan kepada individu, pasukan, dan organisasi yang telah memberikan sumbangan luar biasa dalam memperkasa seni silat di peringkat nasional dan antarabangsa.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pensyarah Kanan FSR, Dr Syahida Mohd Nazri dan Puan Jamiaton Kusrin atas penerimaan Anugerah Penggerak Silat Malaysia 2023-2024, sebagai pengiktirafan atas dedikasi mereka dalam memartabatkan seni warisan bangsa.
FSR turut berbangga dengan penglibatan pensyarahnya sebagai panel hakim bagi pencalonan ASK, iaitu Prof. Dr. Mohad Anizu Mohd Nor dan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Mohamad Rahizam Abdul Rahim. Sumbangan mereka mengukuhkan lagi nama Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi sebagai institusi yang terus melahirkan pemimpin dan penggerak dalam arena sukan dan seni budaya negara.