KUALA LUMPUR CANEO INVITATION CHAMPIONSHIP 2024

Para pelajar Semester 4 Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan (SR241), Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), UiTM Shah Alam telah menjadi penganjur bersama Persatuan Kanu Kuala Lumpur dalam menjayakan Kuala Lumpur Canoe Invitation Championship (KLCIC 2024) dari 13 hingga 15 Disember 2024 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Selama tiga hari, acara ini menghimpunkan 38 pasukan polo kanu dari Malaysia, Singapura, Iran, dan China Taipei bagi beberapa kategori.
 
Di bawah bimbingan Encik Muhammad Faizal bin Kutip, pensyarah kursus Sport Marketing - SRB549, konsep Rapid Reach ini membuka ruang kepada para pelajar untuk meneroka seni pemasaran sukan dengan pendekatan beberapa aspek unik. Selain penganjuran acara, Rapid Reach memberi fokus kepada pembinaan jenama, pengukuhan strategi pemasaran, dan penciptaan pengalaman yang mampu meninggalkan impak mendalam untuk acara KLCIC 2024. Sokongan penuh daripada Pengarah Jabatan Kementerian Seni dan Kebudayaan sewaktu majlis penutup menegaskan lagi kepentingan inisiatif ini dalam memartabatkan sukan sebagai pemangkin aspirasi negara.
 
Program ini melangkaui misi jangka pendek, sebaliknya menyemai benih masa depan – memupuk bakat baharu, mengangkat nama Malaysia di pentas dunia, dan menginspirasikan generasi muda untuk terus maju dalam industri sukan terutamanya bagi sukan air.
 

CONTACT US

Faculty of Sports Science & Recreation

Bangunan Akademik 3, Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

Tel : (+603) 55442912/2913 
Faxs : (+603) 55442910 

Email : fsr@salam.uitm.edu.my 

           

           

AduanCadangan