SPORTREACH : BUILDING CONNECTION THROUGH PR & MARKETING

KUANTAN - Telah berlangsungnya program SportReach 2024 yang diadakan di Kuantan, Pahang. Program ini merupakan tuntutan penilaian bagi Subjek SRC600 - Public Relations in Sport dan SRB549 - Sports Marketing. Seramai 88 orang pelajar Semester 4 dari program Sarjana Muda Pengurusan Sukan (SR241) dan diiringi oleh dua pensyarah FSR, Dr Cassendra Gilbert dan Encik Muhammad Faizal bin Kutip.
 
Program ini merangkumi lawatan fasiliti ke Stadium Darul Makmur dan juga sesi PR Guest Speaker yang disampaikan oleh Pengurus Stadium, Encik Izad Zainal Muhammad Safian dan Penolong Jurutera, Encik Mohd Aswad b Sheikh Mohd Yusop.
 
Selain itu, program juga merangkumi lawatan ke Pusat Jagaan Hembusan Kasih Sayang bagi sesi pemasaran sukan. Aktiviti di sini menerapkan dua konsep; iaitu konsep pengenalan kepada para peserta dengan aplikasi sains sukan yang di antaranya aktiviti orienteering, bantu mula (first aid), CPR, kayak, golf, ikhtiar hidup (survivor) dan juga ikatan (knotting). Program disulami dengan aktiviti sukaneka bersama anak2 di bawah pusat jagaan ini.
 
Lawatan SportReach ini dilihat meninggalkan impak yang besar kepada para pelajar, terutamanya di dalam pengaplikasian perhubungan awam dan pemasaran sukan.
 

CONTACT US

Faculty of Sports Science & Recreation

Bangunan Akademik 3, Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

Tel : (+603) 55442912/2913 
Faxs : (+603) 55442910 

Email : fsr@salam.uitm.edu.my 

           

           

AduanCadangan