Shah Alam - Telah berlangsungnya program FSR bersama komuniti: Kursus Kepimpinan dalam Kokurikulum Seksyen 9 Shah Alam bagi Sesi 2024/2025. Kursus ini berlangsung pada 27 April 2024 bertempat di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam. Para pensyarah yang terdiri dari Prof Madya Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie, Prof Madya Dr Mohamad Rahizam Abdul Rahim, Pn Jamiaton Kusrin dan Dr Maisarah Shari. Turut hadir juga barisan pentadbiran dan guru dari SK Seksyen 9, Shah Alam.
Program ini merupakan anjuran bersama di antara FSR dan SK Seksyen 9, Shah Alam yang merupakan untuk memperkukuhkan kemahiran kepimpinan pelajar, meningkatkan keyakinan diri, membentuk pemimpin muda yang kompetitif, memastikan pemahaman yang jelas tentang tanggungjawab mereka, dan mengukuhkan hubungan sosial di kalangan pelajar, guru, ibu bapa, dan komuniti sekolah melalui penyertaan dalam aktiviti kokurikulum.
Program ini bermula dengan sesi regangan dan senaman Zumba yang dikendalikan oleh Pensyarah Kanan FSR, Dr Maisarah Shari dan mahasiswa FSR. Kemudiannya, aktiviti diteruskan dengan modul kepimpinan yang harus disempurnakan oleh pelajar, dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF). Program diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah dan ucapan penutup di Dewan Kuliah 1, FSR yang disempurnakan oleh Timbalan Dekan HEP, Prof Madya Dr Mohamad Rahizam Abdul Rahim dan Guru Besar SK Seksyen 9, Pn Anis bt Iberahim (PPT).