KEJOHONAN ROAD RUN 2024/2025

19 April - Telah berlangsungnya Kejohanan Road Run 2024/2025 SK Seksyen 9, Shah Alam anjuran Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Haji Suhaimi bin Hashim, Yang DiPertua PIBG SK Seksyen 9.
 
Delegasi pensyarah dari FSR yang terdiri daripada Prof Madya Dr Mohamad-Nizam bin Mohamad-Shapie, Pn Jamiaton Kusrin, Dr Maisarah Shari dan Encik Muhammad Faizal bin Kutip dan beberapa orang pelajar dari SR241 dan SR243 turut hadir bagi menjayakan program ini.
 
Program ini dimulakan dengan sesi senaman dan Zumba yang dikendalikan oleh Pensyarah Kanan FSR, Dr Maisarah Shari dan 4 orang pelajar FSR. Kejohanan ini disertai oleh murid darjah 4-6 dan dibahagikan kepada kategori lelaki dan perempuan.
 
Kemuncak program ini merupakan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Hadiah telah disampaikan oleh Profesor Madya Dr Mohamad-Nizam bin Mohamed-Shapie.
Program Kejohanan Road Run 2024/2025 merupakan satu langkah positif dalam menggalakkan kesedaran tentang kesihatan dan kecergasan dalam kalangan komuniti SKS9, Shah Alam.
 
Program ini akan memberi impak yang positif kepada komuniti setempat. Para peserta dipupuk untuk mengamalkan gaya hidup sihat yang mereka pelajari daripada program ini, serta terus menggalakkan kesedaran kesihatan dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan. Semoga penganjuran program ini berterusan demi memupuk gaya hidup yg sihat.
 

CONTACT US

Faculty of Sports Science & Recreation

Bangunan Akademik 3, Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

Tel : (+603) 55442912/2913 
Faxs : (+603) 55442910 

Email : fsr@salam.uitm.edu.my 

           

           

AduanCadangan

 

 

Main Menu