25 Feb - Pasukan Misi Akademik dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam menghadiri Festival UiTM Perform 2024 yang bertempat di Pusat Asasi, UiTM Dengkil yang berlangsung pada 24 & 25 Februari 2024.
Misi kali ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar Asasi UiTM yang juga merupakan prospek calon pelajar FSR berkaitan maklumat terperinci berkenaan program Sarjana Muda yang ditawarkan oleh FSR. Pelajar juga diberi pendedahan tentang haluan kerjaya yang jelas sekiranya mereka berhasrat untuk melanjutkan pengajian dalam kursus yang ditawarkan.
Pasukan Misi Akademik terdiri daripada empat pensyarah FSR: Puan Hasyyati Husna Dzoolkarnain, Encik Harith Rusydin Abd Rahman, Puan Nur Adliana Rozaidi dan Encik Muhammad Syahmi Nor Mokles; dan tiga orang pelajar FSR: Niq Hafizi Kamarulzaman, Nadhirah Lisa Diyana Mohd Firdaus dan Ahmad Syarqawi Ahmad Safari. Taklimat berkaitan program akademik telah dikongsikan oleh Timbalan Dekan (Hal Ehwal Akademik)serta kehadiran Dekan FSR yang juga turut hadir dalam menjayakan program ini.