28 Feb - Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Prof Madya Dr Raja Mohammed Firhad Raja Azidin telah dijemput menghadiri dan menyampaikan ceramah kecergasan dan kesihatan pada Majlis Penutup Program Fat2Fit anjuran Jabatan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertempat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Penganjuran program ini diharap dapat membantu para anggota untuk kekal cergas dan sihat dengan melaksanakan aktiviti kecergasan fizikal secara efektif dan berterusan. FSR akan turut sama membantu dalam perancangan program Fat2Fit dengan penjanaan modul kecergasan bersama pada masa hadapan.