PELANCARAN CYCLING SELANGOR ICON

27 𝗙𝗲𝗯 - Selangor Youth Community (SAY) telah melancarkan program Cycling Selangor Icon yang disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia (D.Y.T.M) Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor bertempat di Hotel Sunway Resort. Majlis pelancaran program ini turut dihadiri oleh Naib Canselor UiTM, Professor Datuk Dr Shahrin Bin Sahib@Sahibuddin dan Dekan FSR, Professor Madya Dr. Raja Mohamed Firhad Bin Raja Azidin.
 
Pelajar Diploma Pengurusan Sukan (SR111) FSR, Saudari Fatin Nursyakira Binti Mizy turut terpilih menjadi salah seorang daripada Cycling Selangor Icon dalam program ini dan akan mewakili negeri Selangor dalam pertandingan Junior Cycling Malaysia, Kejohanan Berbasikal Kebangsaan dan Sukan Malaysia dan beberapa kejohanan yang lain pada tahun ini.
 
Forum ‘Cycling Development in Malaysia’ menjadi intipati di dalam majlis pelancaran ini dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI) FSR, Professor Madya Dr. Hosni Bin Hasan telah dilantik menjadi salah seorang ahli panel dalam forum ini bersama En. Sabri Taib (Clever Speda Sdn. Bhd.) dan En. Dharzuky Bin Daud (Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia).
 
Tahniah juga diucapkan kepada En. Muhammad Amirul Aiman Bin Mohd Noor, Alumni FSR yang telah dilantik sebagai Pengurus bagi program Cycling Selangor Icon ini. Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi selaku rakan strategik Selangor Youth Community akan terus menyokong dan membantu dalam menjalankan program Cycling Selangor Icon ini dalam melahirkan dan menghasilkan juara dalam sukan berbasikal pada masa hadapan.
 

CONTACT US

Faculty of Sports Science & Recreation

Bangunan Akademik 3, Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

Tel : (+603) 55442912/2913 
Faxs : (+603) 55442910 

Email : fsr@salam.uitm.edu.my 

           

           

AduanCadangan

 

 

Main Menu