SYABAS DAN SEMOGA DIPERMUDAHKAN

Dimaklumkan bahawa tiga orang pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam telah disenarai pendek oleh Kedutaan Jepun di Malaysia bagi program Japan-East Asia Network of Exchange for Students and Youth (JENESYS) 2024. Pelajar yang terlibat adalah:
1. Zaryssa binti Awang Danial (SR113)
2. Muhammad Haziq Iman bin Mohd Zahar (SR113)
3. Nurfatehah Syahmi binti Sanusi (SR241)
JENESYS merupakan program pertukaran pelajar antara Jepun dan Rantau Asia anjuran Kerajaan Jepun. Program ini bertujuan untuk menggalakkan sikap saling mempercayai dan persefahaman di kalangan masyarakat Jepun dan penduduk di rantau Asia Pasifik .
Sebagai maklumat tambahan, seramai 48 orang pelajar dari 8 negara ASEAN (Malaysia, Brunei, Laos, Cambodia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand) telah dijemput untuk menyertai program ini.
Tahniah dan semoga dipermudahkan segala urusan!
 

CONTACT US

Faculty of Sports Science & Recreation

Bangunan Akademik 3, Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

Tel : (+603) 55442912/2913 
Faxs : (+603) 55442910 

Email : fsr@salam.uitm.edu.my 

           

           

AduanCadangan

 

 

Main Menu