S.A SPORT SDN. BHD. DENGAN KERJASAMA FSR

S.A Sport Sdn. Bhd. dengan kerjasama Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi dan UiTM Cycling Club telah mengadakan Majlis Pelancaran Basikal Terbaru Orbea Orca pada 17 Disember 2023 bertempat di FSR UiTM Shah Alam.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Dekan FSR, YM Prof. Madya Dr. Raja Mohammed Firhad Raja Azidin dan dihadiri lebih 50 orang tetamu jemputan yang terdiri daripada pengedar-pengedar Orbea daripada seluruh Malaysia, duta jenama Orbea seperti Jurulatih TSG Academy, Sdr Zamri Saleh, dan pasukan Ayam Gepuk Cycling Team yang diketuai oleh bekas pelumba negara Nor Affendy Rosli.

Penasihat UiTM Cycling Club, Prof. Madya Dr Hosni Hasan juga dijemput untuk menyampaikan sesi perkongsian berkaitan Cycling Biomechanics semasa majlis berlangsung.

Selain itu, majlis ini juga dihadiri oleh pelajar-pelajar di UiTM dan pengunjung—pengunjung yang ingin melakukan tunggang uji basikal Orbea Orca dan produk Magene terbaru yang akan dipasarkan di dalam negara pada awal tahun hadapan.

Pihak FSR mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengurus Pemasaran S.A. Sports Sdn Bhd., En. Azril Padli dan kepada semua kakitangan syarikat di atas peluang kerjasama di antara academia dan industri dengan pihak fakulti.

CONTACT US

Faculty of Sports Science & Recreation

Bangunan Akademik 3, Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

Tel : (+603) 55442912/2913 
Faxs : (+603) 55442910 

Email : fsr@salam.uitm.edu.my 

           

           

AduanCadangan