2 Oktober 2023 - Program Mahasiswa Baharu Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (MBFSR) telah diadakan sebagai simbolik meraikan kedatangan warga mahasiswa baharu bertempat di Dewan Kompleks Sukan, UiTM Shah Alam.
Kemeriahan program diserikan lagi dengan kehadiran barisan pengurusan kanan fakulti yang diketuai oleh YM Prof.Madya Dr Raja Mohammed Firhad Raja Azidin (Dekan), YBrs. Dr Shariman Ismadi Ismail (Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik), YBrs. Prof.Madya Dr Mohamad Rahizam Abdul Rahim (Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar), YBrs. Prof.Madya Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie (Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri), Ketua-ketua Pusat Pengajian, Koordinator Program, Profesor, barisan pensyarah dan juga pentadbir FSR UiTM Shah Alam.
Ucapan selamat datang telah disampaikan oleh Dekan dan juga ketiga-tiga Timbalan Dekan disamping penyampaian beberapa taklimat khusus bagi memberi penerangan yang sebaiknya kepada semua mahasiswa baharu FSR.
Fakulti Sains Sukan & Rekreasi juga berterima kasih kepada wakil MPP dan Sekretariat Mahasiswa FSR yang turut sama membantu menjayakan program pada kali ini. Ayuh kita bermula semester ini dengan keazaman yang tinggi agar pengakhirannya menjadi senyuman mencapai potensi diri.