20 September 2023 - Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam telah menerima kedatangan delegasi daripada Institut Sukan Negara (ISN) yang diketuai oleh Cik. Chiang Su Ping (Pengarah Bahagian Strategik dan Pengkomersilan ISN) bersama beberapa pegawai dari cawangan, pusat dan unit di ISN. Kedatangan delegasi ini adalah bertujuan meninjau fasiliti dan perkhidmatan yang tersedia di FSR ke arah pengiktirafan sebagai Pusat Satelit ISN.
Sesi lawatan ini telah disambut oleh YM Prof.Madya Dr Raja Mohammed Firhad Raja Azidin (Dekan FSR) bersama pengurusan kanan dan juga barisan pensyarah bidang Sains Sukan yang telah bekerjasama bersama ISN di dalam pelbagai program terdahulu.
Semoga lawatan ini bakal memberi satu keputusan yang terbaik buat FSR dalam meningkatkan pengiktirafan daripada rakan industri seterusnya memberi nilai tambah kepada perkhidmatan komuniti sukan
Syabas dan Semoga Berjaya diiktirafkan sebagai Pusat Satelit ISN-FSR UiTM