OUTBOUND MOBILITY : FUKUOKA UNIVERSITY DAN DREAM GP, JAPAN

Sesi perbincangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dream GP Inc. (DGP),
Mr. Motohide Arayama di ibu pejabat di Osaka, Jepun telah berlangsung pada 25 Julai 2023. Turut hadir, penyelidik dari Dream GP Inc., Dr. Aduayom-Ahego yang juga merupakan seorang pensyarah di Department of Orthotics and Prosthetics, School of Allied Health Sciences, University of Health and Allied Sciences, Ho, Ghana.
 
FSR dan DGP telah menjalankan kerjasama dalam penyelidikan '3D foot morphology scanning project' sejak 2021 dan kini dalam proses untuk memperluaskan jaringan kerjasama di antara dua pihak.
 
Antara perbincangan dan cadangan yang telah dipersetujui adalah akan diwujudkan program latihan industri pelajar FSR di DGP, Osaka. Turut serta dalam pertemuan pada hari ini adalah pelajar sarjana (penyelidikan) dari FSR, Wan Muhammad Farid yang telah menjalani latihan ringkas mengendalikan 3D foot scanner.
 
Diharap agar kerjasama dua hala ini akan memberi manfaat kepada UiTM amnya serta FSR khususnya.
 

CONTACT US

Faculty of Sports Science & Recreation

Bangunan Akademik 3, Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

Tel : (+603) 55442912/2913 
Faxs : (+603) 55442910 

Email : fsr@salam.uitm.edu.my 

           

           

AduanCadangan

 

 

Main Menu